Pages

Senin, 19 Desember 2011

Berpendirian Teguh di Jalan ALLAH SWT


A.        Pengertian Istiqomah
Istiqomah berarti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.
Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan.  Jelasnya, segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah, fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqomah.

B.        Unsur – Unsur Utama Istiqomah
1.          Berpegang pada akidah yang benar.
2.         Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.
3.         Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.
4.         Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.
5.       Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.

C.        Macam-Macam Istiqomah
1.     Istiqomah hati:  sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas.  Dengan kata-kata lain Istiqomah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran.
2.      Istiqomah lisan:  memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik. Istiqomah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah SWT.
3.      Istiqomah perbuatan:  Tekun berkerja atau melakukan amalan atau melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai Allah.  Dengan kata-kata lain istiqomah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa.  Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istiqomah.

D.        Contoh Istiqomah
1.       Istiqomah dalam Iman dan melaksanakan tuntutan Iman.
2.      Istiqomah dalam solat dan Ibadah-ibadah khusus yang lain.
3.      Istiqomah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta menentang kebatilan dan kezaliman.

E.        Membentuk Sikap Istiqomah
1.       Matlamat yang unggul  iaitu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
2.      Semangat dan daya juang yang tinggi serta tidak mudah mengalah atau berputus asa.
3.      Prinsip yang benar berasaskan Al-Quran dan hadis Rasullallahi SAW.
4.      Ilmu dan maklumat yang cukup.
5.      Strategi yang kemas dalam perjuangan.
6.      Usaha yang berterusan.
7.      Yakin kepada takdir dan janji Allah SWT.
8.      Berdoa dan bertawakal.
9.      Bersyukur dan ridha.

F.        Jalan Menuju Istiqomah
1.       Taubat. Yakni, membersihkan diri dari dosa dan maksiat, disertai perasaan menyesal serta tekad untuk tidak mengulangi kembali. Sungguh taubat yang dikerjakan dengan ikhlas, akan melahirkan sifat istiqomah.
2.       Muraqobah (perasaan diawasi). Dalam artian, selalu merasakan adanya pengawasan Allah Ta’ala yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Ingat, sifat muraqobah, jika bersemayam dalam hati, akan melahirkan sifat ihsan yang merupakan puncak penghambaan diri seorang hamba kepada Allah Ta’ala
3.      Muhasabah  (intropeksi diri). Muslim yang berakal, sebagaimana disinyalir oleh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam adalah mereka yang senantiasa melakukan intropeksi diri. Sebaliknya, lalai terhadap perbuatan yang telah dilakukan baik berupa kebajikan atau keburukan, pertanda ia termasuk orang tertipu.Muhasabah diri, berguna untuk mengingatkan diri sendiri tentang kekurangan dalam perkara amal shaleh. Di samping sebagai pemberi peringatan atas segala kelalaian dan dosa.
4.      Mujahadah (bersungguh-sungguh). Artinya, seorang muslim sadar, bahwa musuh utama yang harus ia hadapi adalah hawa nafsunya sendiri. Lantaran hawa nafsu itu senantiasa condong kepada tindak kejahatan dan kekejian.
5.      Tadabbur. Yakni memikirkan dan merenungkan tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala di alam ini. Termasuk tadabbur akan sirah perjalanan para sholihin terdahulu.